Your shopping cart is empty!
Terma & Syarat Kad Jemputan Digital "ejemputan.com" adalah seperti berikut:
1. Setiap belian di ejemputan.com akan mengikut harga semasa yang di paparkan di website. Pelanggan boleh melakukan tempahan awal walaupun tarikh majlis masih jauh untuk mendapatkan harga terkini / promosi.
2. Proses menyiapkan tempahan hanya akan dilakukan selepas pelanggan membuat pembayaran.
3. Tempoh masa yang di ambil untuk menyiapkan tempahan adalah minima 2 hari dan maksima 3 hari bergantung kepada maklumat yang di berikan oleh pelanggan
4. Kad jemputan digital ini akan kekal aktif selama 6 bulan dari tarikh majlis berlangsung. Ejemputan.com berhak menyahaktifkan kad jemputan digital pelanggan selepas tempoh 6 bulan tanpa sebarang notis pemakluman kepada pelanggan.
5. Kad jemputan digital ini akan terus melalui proses kemaskini yang sentiasa berjalan untuk memastikan ia memenuhi keperluan teknologi dan permintaan terkini demi memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna. Semua kad jemputan digital yang telah dibeli sebelum kemaskini berlangsung akan turut menerima kemaskini secara automatik.
6. Pelanggan digalakkan melihat contoh dengan klik pada ‘live preview’ bagi memahami fungsi2 kad jemputan digital ini sebelum membeli. Tiada pemulangan akan diberikan jika pelanggan tidak menerima penggunaan kad jemputan digital ini selepas belian.